Pages

Thursday, August 30

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 55



MERDEKA


Satu jeritan yang banyak berulang meresap
meresap... seperti senyum gadis di pertemuan
menerawang... serupa gema di tengah malam
merempuh... seperti kereta kebal di medan perjuangan.


Pekiklah!

Jeritlah!

Dan...

Maralah!


sumber : google




Thursday, August 16

Salam Aidilfitri...



Assalamualaikum...buat teman-teman,




" Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan dan Kesilapan Dimaafi,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin Dari Najwa..."



Wednesday, August 15

Hari ke 26 Ramadhan



Doa hari ke 26 Ramadhan


" Ya Allah, jadikan usahaku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosaku sebagai dosa yang diampuni,
kebaikanku sebagai kebaikan yang diterima dan keaibanku sebagai keaiban yang ditutupi,
wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar..."


sumber : google

Wednesday, August 8

Sharing Is Caring



Assalamualaikum,

Hari ini hari ke 19 Ramadhan kita berpuasa. Bersyukur yang tidak terhingga kita panjatkan kepada Allah SWT kerna masih diberi peluang sekali lagi dalam hidup kita untuk berada di sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan.

Ini adalah peluang keemasan yang kita perlu rebut sebelum Ramadhan meninggalkan kita dalam beberapa hari sahaja lagi. Namun, bagi Ramadan yang penuh keberkatan, pada setiap tahun akan diserikan dengan malam istimewa iaitu malam lailatul qadar.

Firman Allah yang bermaksud: “Malam lailatul qadar adalah lebih baik dari seribu bulan.” (Surah Al-Qadar, ayat 3).

Ada dua definisi lailatul qadar iaitu malam yang mulia, tinggi, agung, berkat, selamat dan sejahtera. Ini adalah kerana turunnya al-Quran pada malam itu dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Kedua, malam penentuan dari Allah SWT kerana al-Quran yang diturunkan adalah penentu atau pemisah antara kejahilan dan kebatilan. Ada berpendapat malam itu Allah akan menzahirkan kepada malaikat akan ketentuan rezeki, ajal dan masa depan seseorang hamba.

Mereka yang benar-benar ikhlas dalam ibadat puasa akan dapat menikmati ganjaran yang tidak mungkin dapat dicapai sepanjang umurnya iaitu ibadat selama kira-kira 85 tahun. Bagi mereka yang beriman akan sentiasa mencari dan bersedia menanti dengan penuh harapan.

Pada malam lailatul qadar, penghulu malaikat iaitu Jibril akan turun bersama beribu-ribu malaikat. Jibril tidak pernah turun kecuali pada malam istimewa ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Pada malam itu turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya.” Mereka masuk pada setiap rumah orang yang beriman dengan membawa rahmat dan kesejahteraan. Mereka yang derhaka kepada orang tua, memutuskan hubungan silaturahim serta berterusan minum arak akan dijauhi malaikat.

Pengarang Kitab Fathul Wahhab menyebut, jika awal puasa jatuh hari Ahad atau Rabu, maka lailatul qadar pada malam 29. Jika puasa bermula hari Isnin, maka lailatul qadar pada malam 27. Jika puasa hari Selasa atau Khamis, maka ia jatuh pada malam 25. Jika puasa Jumaat maka ia jatuh pada malam 21. Jika puasa pada hari Sabtu, maka lailatul qadar adalah pada malam 23.

Apa yang penting bagi umat Islam ialah menghidupkan malam istimewa ini dengan beriktikaf di masjid, berselawat, zikir, istighfar, qiamullail dan berdoa.

Orang Islam hendaklah memastikan rumah mereka dihiasi dengan alunan kitab suci serta melakukan perkara diredai Allah SWT sebagai tanda ucapan selamat datang kepada malam lailatul qadar.


sumber : google

Monday, August 6

Salam Nuzul Quran 2012




Assalamualaikum,

Hai sihat semua teman-teman di luar sana. Hari ini merupakan hari Nuzul Al Quran, maka jom kita lakukan aktiviti dan program tadarus dan pengajian tafsir Al Quran bagi melipatgandakan amal ibadah kita, dan semoga kita diberi kekuatan dan dipanjangkan umur untuk beribadah sehingga penghujung Ramadhan.

Kepada yang mendapat cuti umum hari ini, selamat bercuti ye...Jom kita baca peristiwa sebalik Nuzul Al Quran untuk dikongsi bersama-sama...


Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)"

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


sumber : google

Thursday, August 2

Hari ke 13 Ramadhan



Doa hari ke 13 Ramadhan


" Ya Allah, sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan,
berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan,
dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa,
dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-Mu
wahai dambaan orang-orang miskin..."


sumber : google