Pages

Sunday, January 1

GooD Bye 2011...




Assalamualaikum w.b.t ....

Dalam kesibukan berblog sekejap sahaja tahun berganti tahun. Pergi sudah tahun 2011 muncul pula tahun baru 2012... Setahun berlalu begitu pantas kan teman-teman.

"Masa itu Emas"..... begitulah maksud pepatah masa itu sangat berharga, sekiranya kita tidak menggunakan atau tidak menghargai masa yang ada memang kita tergolong orang yang rugi.

Kedai Dari Teratak Kain Vietnam sudah berusia dekat 2 tahun. Sebenarnya Najwa telah lama bergiat aktif menjual produk dari Vietnam ini semenjak tahun 2007. Dulu-dulu cuma secara offline je. Atas permintaan teman-teman dan kemudahan bagi Najwa untuk promosikan produk, jadi timbul idea membangunkan sebuah blog biznes online... (gitula citer sebenornya)

Seronok dapat berblog, perbagai asam garam yang kita ketemui dan pelbagai info kita dapat kongsi bersama. Bersama-sama ramai teman-teman alam maya dapat kenali secara online walaupun belum bertentang mata....

Sebagai tanda perhargaan, Najwa ucapkan terima kasih kepada teman-teman dan followers yang sudi join blog ini. Kesudian anda semua mengunjungi blog saya.

Semoga tahun 2012 menjanjikan kemanisan dan kejayaan dalam hidup anda semua...

1 comment:

Mulan said...

happy new year..!!!

Post a Comment